Quantcast
Channel: Panduan – Sumijelly Weblog
Viewing all 77 articles
Browse latest View live

Menjamu selera di Wan Thai, Kuah Langkawi

$
0
0

Ohya.. citer masa di Langkawi saya tak habis pun kan.. ialah… x der masa nak update la..hik3

Kalu ke Langkawi, ramai suggest g makan di Restoran Wan Thai kat Kuah Langkawi ni…. kalu pergi sendiri mungkin ad ala kot tempat duduk tu pun kalu ada.. kalu pergi berkumpulan.. sebaik2 nya booking dahulu 2-3 minggu sebelum dtg.. kerana kat situ sentiasa penuh ok.

Masa kami datang pun ada 1 rombongan bas kot tengah menunggu giliran nak makan… kami sampai pun masih lagi penuh… padahal masa tu dah pukul 9 malam tau..

Dah la perut rasa lapar sesangat… kene pula menunggu, maklumla baru lepas shopping kat Pekan Kuah waktu petang tu..hik3

 ”The Best of Langkawi”

 

Dah tunggu sekejap beransur la mereka yang dah makan…

Habis meja penuh ngan pinggan mangkuk… memang ramai la yang datang… jadi kami tengah tunggu meja dikemaskan untuk makan.

 

Begini la suasana keadaan kedai nya… dah waktu malam.. jadi tak nampak la suasana meriah.. sebab ramai dah balik…

Kami adalah orang terakhir yang meninggalkan restoran tersebut…hehehe

Ni antara menu yang kami makan… ayam pandan, ikan siakap, tauhu, sayur, tomyam dan apa ntah dalam kelapa tu.. rasnaya isi ikan kot..

Tak sempat nak makan.. sebab sibuk ambik gambar jer..hahaha

 

 

 

Lihatla masing-masing bila dapat makanan…. terus serbu..

Gila lapar kot…. sebab malam tau.. mestila lapar..

Dan inilah dia… setelah dikerjakan oleh kengkawan semua…. licin tau. siap ambik pinggan meja sebelah lagi.. sbb dah lapar..hahaha

Tapi not bad la makanan nya.. bila makan dalam group dan jadi kumpulan terakhir makan, tak dapat nak tambah apa2.. sebab sumer dah habis dan mereka dah pun bersihkan dapur.

Kira kami makan sekali hadap jerla..hik3..

Dan sebagai penutup, kami di hidangkan dengan kuih ini.. tak tau apa nama kuih ni.. saya tak makan pun..hik3. Dan ramai kata seeeeedddddaaaaaapppppppp…………

Tapi pada mereka yang ingin tahu lebih lanjut, boleh refer pada entry berikut :

Untuk mereka yang nak buat tempahan boleh la hubungi :

RESTORAN WAN THAI, KUAH LANGKAWITel: +6 (0)4 – 9661214

emel : wanthairestoran@bluehyppo.com

Waktu beroperasi :Setiap hari (11am -15pm & 6.30pm -10pm )

 

 


81 skim Perkhidmatan Awam yang ditambahbaik

$
0
0

Semalam Utusan ada keluarkan artikel mengenai Perkhidmatan Awam yang ditambahbaik.

Tajuk kat Utusan sure menarik perhatian Penjawat Awam….

“Berita gembira buat 613,782 penjawat awam”

Antara yang ditambahbaik adalah :-

  • kenaikan taraf skim gaji
  • pemberian 2 tambahan kenaikan mata gaji
  • penggabungan serta pindaan nama beberapa skim perkhidmatan

Surat tawaran akan diberikan melalui jabatan masing2 dalam bulan ini…selepas menerima surat tawaran itu, diberi tempoh selama 1 bulan pula untuk membuat keputusan. ..

Melihat ayat tersebut umpama seperti paksaan jer..huhuhu…. dan ada disebutkan  iaitu sebanyak 81 skim perkhidmatan awam itu (ramalan) adalah :

  1. Pembantu Kawalan Trafik Udara
  2. Pemandu Lokomotif Sabah
  3. Pereka
  4. Pegawai Kebudayaan
  5. Ahli Fotografi
  6. Jurusolek
  7. Pegawai Galian
  8. Pegawai Kimia Bumi
  9. Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
  10. Penolong Pegawai Galian
  11. Penolong Pegawai Kimia Bumi
  12. Pembantu Galian
  13. Pembantu Kaji Bumi
  14. Pegawai Makmal Filem
  15. Penolong Pegawai Makmal Filem
  16. Pembantu Makmal Filem
  17. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
  18. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
  19. Pensyarah Perubatan
  20. Pensyarah Pergigian
  21. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
  22. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
  23. Pegawai Latihan Vokasional
  24. Pengajar Kraf
  25. Pembantu Pertanian
  26. Pembantu Veterinar
  27. Renjer Hutan
  28. Pengajar Membalak
  29. Pengawas Hutan
  30. Pembantu Hidupan Liar
  31. Pembantu Hidupan Liar Rendah
  32. Tukang K1
  33. Tukang K2
  34. Tukang K3
  35. Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
  36. Operator Loji
  37. Pekerja Awam Khas
  38. Pekerja Awam
  39. Penyelamat
  40. Pelukis Pelan
  41. Juruteknik Landskap
  42. Juruteknik
  43. Juruteknik Ukur
  44. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
  45. Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
  46. Penguasa Bekalan Air
  47. MerinyuTali Air
  48. Pegawai Perhubungan Preman
  49. Penyelia Jeti
  50. Penghantar Notis
  51. Pembantu Kamera
  52. Pemandu
  53. Pemandu Kenderaan
  54. Pembantu Am Pejabat
  55. Pengurus Stesen
  56. Penyelia Jurupakaian
  57. Peniup Kaca
  58. Pegawai Khidmat Pelanggan
  59. Pengawas Pemulihan
  60. Pegawai Penerbitan
  61. Penolong Pegawai Penerbitan
  62. Pembantu Penerbitan
  63. Operator Kamera Offset
  64. Pembuat Plat
  65. Penolong Operator Kamera
  66. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
  67. Pembantu Penyelidik Sosial
  68. Pengurus Asrama
  69. Penolong Pengurus Asrama
  70. Penyelia Asrama
  71. Penolong Pegawai Tadbir Tanah
  72. Pembantu Tadbir Tanah
  73. Pegawai Pemeriksa Paten
  74. Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
  75. Pembantu Pemuliharaan
  76. Jurulatih Kawad
  77. Pembantu Wartawan/Wartawan
  78. Atendan Kesihatan
  79. Penolong Pegawai Penaksir
  80. Pegawai Aktuari
  81. Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
  82. Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Jadi kepada penjawat awam..tunggu saja lah surat tawaran tersebut… tak tau la adakah betul atau tidak skim ini yang ditawarkan atau berbeza….

Kenapa perlu bersunat?

$
0
0

“Danial, nanti cuti sekolah kene sunat tau!” kata saya pada anak sulung sulung…

“Kenapa perlu berunat, ibu?” tanya Danial pada saya….

Yer.. bila anak dah membesar, perkara yang perlu dilakukan adalah bersunat selain dari dia akan baligh ok… jadi anak sulung saya akan berusia 9 tahun pada pertengahan bulan Disember ini….

Jadi saya dan my IR bercadang ingin sunatkan dia… jadi bila Danial tanya kenapa perlu bersunat, selalunya saya serahkan pada ayahnya untuk jawab kan.. lain la kalu anak perempuan dia tanya apa itu haid ker apa kan?hehehe

Kenapa perlu bersunat?

Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan. Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan.

Dalam kaedah sains perubatan pula, berkhatan bermaksud membuang lapisan kulit yang membalut bahagian depan alat kelamin lelaki yang disebut ‘Qulfah’ kerana lapisan ini mengandungi najis dan lebihan alat kelamin lelaki.
- Petikan dari Harian Metro

Ayahnya hanya lebih terangkan bahawa untuk mengelakkan penyakit dan bersih dari kekotoran. Yang lelain tu tunggu dia besar la nak terangkan kan?hehehe

Jadi selalunya cuti sekolah la orang akan ambik pilihan untuk bersunatkan anak masing-masing. Ada yang bersunat di kampug, diklinik, di hospital atau beramai2 anjuran taman atau masjid kawasan masing-masing…

Harga bersunat @ berkhatan bermula serendah RM50.00 – RM1500.00 ikut apa yang saya survey di internet dan juga klinik2 yang berdekatan…

Mungkin berbeza dari kaedah bersunat tu.. sama ada menggunakan laser atau klamp… jadi saya hanya survey yang berhampiran rumah la.. sebab dekat dan sengn nak pulang kan.. dan jika ada apa2 yang berlaku mudah nak rujuk pada doktor yg berhamipran.

Ikutkan harga saya kene adalah RM180.00 untuk seorang dengan kaedah laser. Jadi saya harap Danial tak takut dan kuat untuk pergi lakukan… Insya allah.. doa2 kan semoga Danial berani … sebab ibunya pun kurang berani gak ni.. dulu nak g bedak bersalin pun takut tau!hahahaha

Jadi kita nantikan sama ada Danial berjaya bersunat atau tidak!!hik3

Antara Pizza Hut dan Groupon, tiada beza nya….

$
0
0

Rasanya ramai kot yang suka membeli belah di Groupon, Living Sosial, MyDeal, StreetDeal, MilkaDeal dan macam -macam lagi la…

Baru-baru ni ternampak promosi di Groupon pasal Pizza Hut….

RM38.00 untuk 3 regular size 9″. Hanya boleh digunakan untuk pembelian bawa pulang sahaja.

Sah dari 08.11.2013 – 29.11.2013

Dah nama pun diskaun sehingga 47%.. jadi ramai la yang beli kan.. ada la juga beribu-ribu yang dah beli… tapi.. perasan tak korang.. sebelum beli pernah tak buat penyelidikan sedikit??? hahaha

Ialah maksudnya.. pergi ke Pizza Hut punya laman web.. dan lihat promosi dari mereka… mesti tak der kan?? sebab bila nampak diskaun sehingga 47% terasa sangatttttttttt la murah kan??kan???

Jadi mesti la nak beli kan… tapi hakikatnya… di laman web Pizza Hut tu sendiri dah ada promosi tu…

RM38.00 jimat RM27.40 untuk 3 regular Family Pizza…Hanya boleh digunakan untuk pembelian bawa pulang sahaja.

Sah sehingga 30.11.2013.

Nampak tak?? Nampak tak?? kat Groupon korang kene beli kupon tu kan bermakna kene bayar dulu.. nanti kalu tak guna baucer tu duit kira burn kan??kan??

Tapi kalu kat laman web Pizza Hut tu korang tak perlu beli pun kupon tu… hanya perlu print dari website Pizza Hut tu dan tunjukkan jer semasa pembelian…

Syarat pembelian sumer sama yang membezakan adalah sama ada keluar duit dulu dan baru guna @ print kupon dan bayar semasa guna…

Jadi…..sebelum beli tu kene la tengok memana promosi yang lain.. bila dah terkena macam ni… rasa macam menyesal jer beli.. sebab kat laman web Pizza Hut tu pun ada kot kupon dia….. tak yah nak beli apa bagai………

Jangan banyak tanya…. sebab saya dah terkena la tu yang nak bagi tau!!!hahahahaha

Pengalaman bersama UNIFI – Setelah 2 tahun berlalu

$
0
0

Hari ni genap la saya menggunakan UNIFI…. sejak unifi ini dipasang pada Bulan November 2011 dulu… agak janggal rasanya…ialah.. sebab saya terpaksa TUTUP akaun Astro untuk bersama Unifi…

Memula saya agak tak biasa kan.. ialah apa yang ada pada Unifi kan.. dah la siarannya banyak yang tak best… anak-anak pun bising sebab tak dapat tengok kartun lagi..hik3

Tapi sejak ada Unifi juga internet saya tak pernah putus.. sentiasa on 24 jam sehari tau.. kalu tengok movie kira tak derla Buffering tu…

Malah bukan sahaja boleh tengok internet melalu komputer, laptop sekarang dah ada smartphone dan TAB lagi la senang nak melayari internet…

Anak-anak pun pandai guna internet aja… saya pula nak tengok resepi pun guna smartphone jer..hhaha

Kini setelah 2 tahun bersama UNIFI saya telah membayar RM3,576.00 pada Telekom Malaysia…  *amboi siap kira lagi..hahaha

Ini bermakna kontrak saya bersama UNIFI sudah tamat.. jadi ada peluang sama ada nak teruskan atau tamatkan dan beralih ke rangkaian yang lain….

Ada juga hati nak bertukar, tapi tak tahu nak ambik apa…agak2 korang apa yek yang best selain UNIFI dan juga harganya tak melebihi RM149.00 ni…hik3

Ingat nak try ABNXCESS…. tengok harga macam murah jer..

Ada Tv dan juga internet juga…. tapi belum meluas lagi perkhidmatan nya….

Sapa pernah cuba ABNXCESS?? cer citer sikit?? hik3

Jadual Gaji Kerajaan bagi Tahun 2014

$
0
0

Wah..wah.. baru bulan November 2013
Tapi jadual gaji kerajaan dah kuar tuk tahun 2014…
Mesti ramai dah tahu kot…

Tengok pada jadual di atas…
Tarikh setiap bulan pembayaran gaji sumer antara 23 – 25
Kecuali bulan Disember jer.. sebab ada perayaan Hari Krismas..

Ok..ok.. selalu pas kuar jadual pembayaran gaji..
tunggu kalendar pula..
Pastu leh la tanda segala cuti sekolah serta jadual gaji..hik3

Angka 5 dalam Islam

$
0
0

Saya rasa ramai yang dah terima hebahan inii melalui whatsapp…..ramai telah sebarkan.. jadi saya ingin berkongsi pada mereka yang tidak mempunyai whatsapp…

************************

Angka 5 dalam Islam;

~ 5 waktu solat fardhu yang WAJIB didirikan.
~ 5 Rukun ISLAM.
~ 5 hukum syariah Islamiah; Wajib,Haram,Sunat,Makruh & Mubah (harus).
~ Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara; masa sihat sblm sakit; masa kaya sblm sempit (miskin); masa lapang sblm sibuk; masa muda sblm tua & masa hidup sblm datangnya mati.
~ 5 peperangan besar dalam ISLAM;

  • Perang Badar
  • Perang Uhud
  • Perang Khandak
  • Perang Muktah
  • Perang Hunain

~ 5 orang Rasul bergelar ULUL AZMI

  • Nabi Nuh a.s
  • Nabi Ibrahim a.s
  • Nabi Musa a.s
  • Nabi Isa a.s
  • Nabi Muhammad SAW

~ 5 Perkara yang WAJIB disegerakan.

  1. Wajib menyegerakan memberi makan apabila tetamu datang kerumah.
  2. Wajib menyegerakan urusan keatas jenazah.
  3. Wajib menyegerakan mengahwinkan anak perempuan jika telah baligh.
  4. Wajib menyegerakan membayar hutang jika telah datang waktu untuk membayarnya.
  5. Wajib menyegerakan TAUBAT atas pelbagai dosa yang dilakukan.

~ 5 Dosa Besar yang paling Utama;

  • Syirik kepada Allah
  • Derhaka kepada kedua ibubapa
  • Meninggalkan Solat Fardhu
  • Memakan Harta Anak Yatim,membunuh jiwa yang diharamkan Allah
  • Terdapat 70 dosa besar lain yang juga Wajib ditinggalkan.

~ 5 perkara yang dicintai dan melupakan 5 perkara yang lain di Akhir Zaman..

  • Mencintai Dunia & Melupakan Akhirat.
  • Mencintai Hidup & Melupakan Mati.
  • Mencintai harta benda & Melupakan Hisab.
  • Mencintai Gedung-gedung & Melupakan Kubur.
  • Mencintai Makhluk & Melupakan Khalik yakni Allah s.w.t

* Perpanjangkan perkongsian ini kepada sesiapa shj. Saya harap saya org yang pertama untuk memberitahu anda. Bulan Disember 2013 ini ada 5 hari Isnin, 5 hari Selasa dan 5 hari Ahad.

Peristiwa ini HANYA berlaku sekali dalam 823 tahun!!! MasyaAllah

Ia dipanggil ‘MONEY BAGS’.

Kita satu-satunya generasi yang telah melihat …

01/02/03
02/03/04
03/04/05
04/05/06
05/06/07
06/07/08
07/08/09
08/09/10
09/10/11
10/11/12

& akan menempuh tarikh

11/12/13 dalam masa beberapa hari saja lg … Anda boleh menjadi salah seorang yang pertama untuk memberitahu.

Maha Suci Tuhan yg menjadikan alam…

Senarai harga pakaian sekolah………..

$
0
0

Dah masuk bulan Disember kan.. akhir tahun dah pun…
Maknanya ramai la ibubapa tengahsibuk wat persiapan membeli pakaian sekolah…
Ada yang baru tahun depan masuk darjah 1…….
Ada yang baru tahun depan masuk tingkatan 1…

Termasuk juga yang dah memasuki darjah 2,3,4,5 dan 6…
Tingkatan 2,3,4,5dan 6 juga……

Belek-belek suratkhabar… mana tahu ada yang murah…
Tesco, JJ, Carefour, Mydin dan banyak lagi la…
Mesti ada promosi kembali ke sekolah…..

Saya sempatla cari 2..3 promosii kembali sekolah…
Untuk perbandingan pada tahun akan datang…
Sebab saya beli tahun lepas rasa masih lagi murah berbanding tahun ini….

 Carrefour
 Jaya Jusco
Maydin
Tesco

Pilihan itu banyak….
Cuma kene pandai memilih la…
Kalu dah baju dan  seluar berbeza harga…
Sepasang jer dah boleh mencecah  dalam RM50++

Kalu ada tu seorang tak perla kot..tak terasa…
Cuba anak ramai… 2..3 orang…
Di campur pula setiap sorang 2..3.. pasang…
Mau fengsan ibubapa yang berpendapatan rendah…

Kalu dapat bonus minimum RM500.00 pun…
Berapa sangat la sorang boleh dapat sepasang baju kan?
Maka di sinii ibubapa kene pandai memilih…

Mencari yang murah tetapi berkualiti
Lebih baik dari mencari yang tidak berkualiti maka akan bertambah kuantiti….

Betul tak??


Daun semambu untuk chicken pox

$
0
0

Bila Huzaiman dah kene chicken pox ni..ramai la suggest suh mandikan dia dengan daun semambu….

Erkkk..daun semambu. … kenal pun tidak..mcm mana nak cari..hahaha

Sebaik kawan opis yg duduk di Sg Ramal ada tanam pokok tu… jadi ambik dengan dia jer….

 

Pertama kali tengok daun semambu ni… ialah anak2 saya belum pernah ada yg kene chicken pox ni… tapi kalu demam biasa pun asa yg guna tau daun ni…

 

Orang tua-tua cakap, daun ini dapat meredakan panas badan…gatal..gatal jadi tak derla anak tu meragam jer…

Ada yang buat mandi… ada yang buat alas di tilam.. tapi kalu wat alas tu saya x buat kot…

Huzaiman ni mana reti tido setempat…kang daun kemana..dia kemana..hik3

Menukar lesen memandu yang bersekuriti tinggi

$
0
0

Sekarang ni nak ingat lesen memandu tamat, senang jer………. ingat tarikh lahir.. maka ingatla lesen memandu bakal tamat……..hik3

Lepas kerajaan membuat pelarasan dengan tarikh lahir… derang tukar pula lesen memandu yang bersekuriti tinggi lak… dah bermula 16 June yang lepas….

Jadi selaras ngantarikh lahir merangkap lesen memandu tamat… terusla saya ke kaunter JPJ yang terletak di Bandar Baru Bangi untuk memperbaharuinya……..

Punya la sunyi jerkan nampak dari luar……..

Tetapi hakikatnya..bila masuk……. ya allah…. ramainya umat manusia oittttttttt……….

Adalah sebanyak 150 nombor yang perlu saya tunggu untuk memperbaharui lesen memandu ni tau…

Di sebabkan nak lesen memandu yang bersekuriti tinggi ni… kene la pergi ke kaunter JPJ sahaja… sebab Pejabat Pos masih belum boleh buat.. kalu g juga dapat yang laminate jerla..

Tapi ada gak risik2 kat pegawai JPJ tu.. dia cakap Pejabat Pos sekarang pun tak boleh proses lesen memandu..sebab mereka tengah dalam proses menukar sistem…

Setelahh menunggu hampir 4 jam 30 minit……. akhirrrrrrrrrrrrnnnnnnyaaaaaaaaaaaaa………….

Siap juga lesen saya………. cheh…bila tengok balik kan.. lesen ni kene tukar gak tiap2 tahun.. maknanya… lesen ni akan di gunting la kan? sebab tarkh tamat 2015.. kendian dapat lagi kad baru.. dan begitula seterusnya…

Kenapa tak buat 1 kad jer.. cuma update data dalam kad jer kan?? membazir jer kalu buat kad tiap2 tahun kan?? Sebaik harga masih sama RM30 setahun…

Ohya.. ada tips gak kalu nak wat lesen memandu jenis baru ni…

Jangan lupa bawa gambar molek dan chantik sikit.. sebab mereka bagi kita pilihan sama ada ingin menggunakan gambar dari kad pengenalan atau scan gambar baru…

Di sebabkan saya tak bawa gambar sendiri.. maka saya pilih scan dari kad pengenalan jerla…huhuhuh…

Jadi tahun 2015 la nanti tukar gambar baru………….hahahahaha

Menjamu selera di Restoran Hyderabad, Bandar Baru Bangi

$
0
0

Tak sangka pula MFC kat Bangi ni dah tutup.. di tukar dengan Restoran Hyderabad rupa2 nya… Saya ni pantang la nampak restoran baru ni.. harusla cuba kan…hik3

Lihatla… dah berubah kedainya….

Sebaik dah merasa makan MFC … jadi tak der la rasa kempunan dah..hik3

Jom kita tengok menu-menu yang terdapat di Restoran Hyderabad….

 

Lepas tengok-tengok menu……..

Say pun pilih yang setbesar sikit… senang sikit.. anak kan ramai… kene la pikir menu yang sesuai dimakan

Ni nasi boleh pilih. nak semua ayam jer atau kambing jer.. atau setengah kambing, setengah ayam…hik3

Saya makan ayam… anak2 ni ada yg makan kambing… oh ya.. Huzaiman suka kambing macam ayahnya la ..hik3

Air pula.. senang.. beli jer 1 mineral besar.. air milo ambik 3.. sorang 1…hahaha

Senang… nanti minum macam2.. banyak lak songeh sumer.. nak merasa….hahaha

 RM93.95

Jadi inilah harganya…

Murah ker mahal? Ok la kot.. memang itu harga kalu g memana kedai restoran arab kan?

Ok.dah merasa.. dah mencuba.. pasni leh try makanan lain lak…

Jadi pada yang nak merasa boleh la pergi ke :

Restoran Hyderabad Bandar Baru Bangi,
No.62, Jalan 8/35, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel : 013-2327786

 

Cadangan kadar kenaikan harga tol bagi 13 lebuhraya di Malaysia

$
0
0
 

Rasanya ramai dah tahu kot mengenai kenaikan tol bagi 13 lebuhraya… ramai yang telah menyebarkan harga terbaru untuk tahun 2014.

Ishk… baru jer di bangkitkan dengan kenaikan gula, minyak, api.. kini toll pula naik…

FB MediaNetwork

emmmm…… baru jer cadangan.. tapi dah tersebar luas dah melalui blog, whatsapp dan emel…huhuhu

  • LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA  RM1.30 to RM2.00
  • LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00
  • LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10
  • LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50
  • LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30
  • LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50
  • LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30
  • LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50
  • PANTAI RM1.50 TO RM2.50
  • DAMASARA RM1.00 TO RM1.50
  • KIARA RM2.00 TO RM3.00
  • LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM
  • LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90
  • LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00

Banyak juga naik,… emmm…sebaik g Putrajaya tak der tol… kalu tidak  jenuh gak nak sediakan duit extra untuk tol kan?

Emmm… baru cadangan… tetapu selalunya yang cadangan ni mesti betul.. macam minyak gak.. tersebar luas pasal kenaikan.. puas la menteri menafikan.. tapi selang beberapa hari.. naik juga kan??

Bak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar :

“Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

“Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan
untuk tidak gunakan jalan tersebut,” .

Nak wat cam ner tu??huhu

Purata mula akil baligh 12 tahun

$
0
0

Bila memiliki anak lelaki… dan semuanya lelaki… beginilah jadinya… akan mencari, membaca dan memahami setiap perkembangna anak lelaki..

Walaupun Danial baru berusia 9 tahun, tapi kene la bersedia dari segala sudutkan… sebab dia pasti akan melaluinya cuma tak tahu cepat atau lambat kan??

Ahad lepas terbaca artikel mengenai akil baligh kanak-kanak lelaki…. tertarik pula.. jadi saya copy paste aja dari Harian Metro untuk rujukan saya akan datang….hik3

Sempena cuti persekolahan, ramai ibu bapa bertanya mengenai proses berkhatan untuk anak-anak mereka. Namun, apa yang menarik minat saya ialah pertanyaan demi pertanyaan berkisarkan mengenai tempoh baligh kanak- kanak lelaki.

Malah, saya juga pasti ramai ibu bapa turut tidak jelas mengenai isu ini. Di sini, ingin saya terangkan bahawa kanak-kanak lelaki dan perempuan mula menunjukkan perubahan keseluruhan fizikal ke ke peringkat dewasa seawal usia lapan tahun untuk perempuan dan 10 tahun untuk lelaki.

Purata fenomena akil baligh bermula dari usia 12 tahun dan mula mantap pada umur 18 tahun. Fenomena ini lebih awal bagi kanak-kanak perempuan jika dibandingkan dengan lelaki. Perbezaannya dua hingga tiga tahun.

Kemunculan akil baligh bermula dengan tumbesaran badan yang serentak dengan tumbesaran anggota reproduktif yang mana untuk lelaki akan berlaku tumbesaran buah zakar, kerandut dan zakar.

Bagi remaja lelaki yang kerap melakukan onani, air mani mula menjadi dan keluar dengan banyak dan kepada mereka yang jarang atau tidak melakukan onani, akan mengalami mimpi basah.

Kemunculan pertama air mani itu dikenali sebagai ‘spermache’ dan ini antara petanda mutlak pencapaian akil baligh untuk kanak-kanak lelaki. Secara serentak terjadi perubahan akil baligh yang lain seperti kemunculan bulu roma di bahagian ketiak, tundun zakar, kerandut buah zakar, dada, betis, tangan, dagu dan atas bibir.

Bulu roma ini ada kaitan dengan baka dan bukan petanda mutlak akil baligh. Selain itu tumbesaran otot dan struktur badan mengikut bentuk badan lelaki dewasa dan ketinggian mula bertambah. Pundi Apokrin di bahagian muka dan badan mula aktif dengan kemunculan jerawat selain penghasilan bau badan.

Sesetengah individu yang sedang menjalani perubahan akil baligh mendapati perubahan itu agak ‘kurang’ atau tidak lancar seperti kawan mereka.

Sebenarnya mereka tidak sedar yang perubahan itu sedang berlaku kerana mereka tidak melihatnya sendiri seperti yang mereka lihat pada kawan. Malah ibu bapa juga boleh nampak perubahan yang berlaku pada anak mereka.

Jika tidak berlaku, saya pasti ibu bapa akan membawa anak mereka berjumpa doktor. Inilah tanda akil baligh bagi kanak-kanak lelaki dan ibu bapa boleh melihat perubahan itu sendiri terhadap anak mereka.

Sumber : Harian Metro

*************************************

Ada lagi masa untuk memahami setiap perubahan itu.. tetapi biasanya si ayah lebih peka dari si ibu kan??

[BR1M] Bantuan Rakyat 1 Malaysia

$
0
0

Mesti ramai yang nak apply… haa.. cepat..cepat.. tapi sebelum tu kene la tengok dulu kelayakan kan???

Antaranya :

  • Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
  • Borang yang telah diisi secara manual dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Cawangan LHDNM yang berdekatan.
  • Isi rumah yang layak:
    i. Warganegara Malaysia;
    ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah:
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  •  Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
    iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1954 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
  • Individu yang layak:
    i. Warganegara Malaysia;
    ii. Bujang / Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1993 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Maklumat pengenalan ahli isi rumah (Bahagian B) MESTI diisi dengan lengkap.
  •  Sila kemukakan salinan:
    (i) MyKad bagi pemohon; dan
    (ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
  • Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014.

Ha…. dah baca dah kan???

Kalu tak nak isi menggunakan manual.. boleh aja isi secara online.. lagi cepat kot…

 

**NOTA

  1. PERMOHONAN BARU – Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.
  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 – Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

(Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang
berhampiran.)

Ok……… selamat mengisi borang pada yang layak!!!!!!!!!!!

Bila shopping online di Qoo10

$
0
0

Saya bukan nya jenis suka shopping kat online ni… kecuali terdesak……. hahaha.. terdesak la sangat kan? Gatal tangan tengok sana sini.. tak pepasal terbeli jugak….

Tapi kali ni kat website Qoo10 lak….

Sekali ternampak lak Stylish Ladies Sunglasses ni ha…….

RM5?????????????????

Apa lagi.. panggil la kengkawan joint sekali kan…… x kan nak beli sengsorang.. boleh juga kongsi kos penghantaran sesama……

Jadi total keseluruhan nya RM28.90 untuk 3 spek mata stylish……hahahaha

Stylish la sangat.. padahal ada kot jual kat memana pasar malam.. tapi di sebabkan susah nak memilih dan tak der masa.. beli jerla online kan…….

Di sebabkan penghantaran dari CHINA…..

Jadi menunggu la kami dengan penuh setia…. beli pada 03.12.2013 tau…….

Setelah 20 hari menuggu……..

Akhirnyaaaa………. dapat juga barang yang di tunggu…………

Alhamdulilah…. sebaik barang nya elok ketika sampai walaupun kotak dia dah renyuk…….

Salah satu daripadanya saya punya…. selain itu kawan punya…..

Hahahahaaaa………… mesti ramai cakap… ala kedai RM5 belambak jual kan??hahahaha

Gasakla……… saja nak test beli… sampai gak walaupun dari CHINA tau!!!hik3


Daun semambu lagi……

$
0
0

Hik3…. baru jer Huzaiman kene chicken pox.. kini giliran Iskandar lak…

Sebaik masa pergi umah SIL kat Senawang ternampak pokok semambu tu……..

Tinggi jugak yek pokok semambu ni…….

Sebaik ada dekat umah SIL… jadi saya ambik la banyak sikit… org kata, simpan dalam peti ais balut dengan plastik.. tahan lama sikit…

 

Dari tak kenal daun semambu, kini dah kenal daun semambu terus…..hahahaha…

Membeli belah di The Crescent sempena minggu merah jambu!

$
0
0

Perniagaan busana Muslimah di Malaysia kini kian berkembang dengan peningkatan syarikat-syarikat jualan yang dibuka bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.  Terdapat banyak butik persendirian yang memberi tumpuan khusus untuk menjual busana Muslimah, namun ada juga pusat membeli belah dan hypermarket yang turut menjual busana Muslimah sebagai memenuhi permintaan daripada pelanggan mereka.

Tapi pada zaman sekarang, kebanyakkan pelanggan lebih suka membeli belah melalui secara alam maya dari membeli di kedai-kedai luar, dimana ia memberikan keselesaan untuk pelanggan memilih serta menjimatkan masa daripada keluar ke satu kedai hingga la kekedai yang terakhir dan akhirnya tidak dapat menemui apa yang di cari….

Malah terdapat banyak laman web menjual pelbagai barangan termasuk pakaian, beg tangan, kasut, alat solek dan juga aksesori perhiasan. Cuma untuk mencari satu-satu laman web yang menjual pakaian yang menepati dan mematuhi syarak mungkin kurang atau sedikit.

Portal The Crescent

Kini dengan wujudnya The Crescent yang menjual pelbagai produk dan busana Muslimah terkini serta mematuhi syarak di pasaran memudahkan pelanggan membeli belah secara dalam talian tanpa perlu berkunjung ke butik tersebut.

Laman web The Cresent ini seperti laman web biasa yang lain, menjual pelbagai produk dan busana Muslimah, cuma di sebalik menjual barangan lain, laman web ini turut memaparkan beberapa panduan mengenai fesyen dan gaya hidup seorang Muslimah.

Malah terdapat juga pengisian lain seperti panduan mengenai pelbagai aspek kehidupan yang meliputi bidang sosial, kesihatan dan agama. Ini secara tidak langsung memberi nilai tambah yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan.

Untuk melayari laman web The Cresent juga tidak la merumitkan… susun atur yang menarik, harga yang berpatutan malah paparan gambar yang memberikan gambaran dengan lebih tepat dan memuaskan memberikan
kelebihan untuk pelanggan membeli belah di sini.

 

Jadi sempena minggu PINK atau lebih dikenali PINK WEEK, The Crescent mengadakan jualan murah sebanyak 20% diskaun untuk kesemua produk yang melibatkan warna PINK antaranya kasut, baju, jubah, beg, tudung dan juga aksesori perhiasan.

Malah jika pelanggan membeli melebihi RM78.00, tiada caj penghataran dikenakan dan diberikan secara PERCUMA!

 

Bagi pelanggan yang buntu untuk memilih dan memadankan pakaian, jangan risau kerana The Crescent telah mewujudkan ruangan untuk panduan dan tips pemilihan pakaian untuk di sesuaikan dengan aksesori perhiasan yang memudahkan pelanggan untuk memilih dan membeli.

Malah terdapat beberapa panduan pengayaan bukan sahaja untuk ke pejabat terdapat juga untuk makan malam dan juga di siang hari melalui ruangan FASHION

Cara yang mudah untuk membeli belah di The Crescent

  • Mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.
  • Pilih barangan yang berkenan untuk dimasukkan dalam carta pembelian
  • Lihat carta pembelian kembali untuk pengesahan
  • Bayar – Pembayaran boleh dilakukan melalui kad kredit atau sistem pembayaran elektronik
  • Dalam tempoh 3 hari terima barangan yang dipesan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Mudah bukan?

Jadi tunggu apa lagi, layari The Crescent untuk mendapatkan koleksi bertemakan PINK busana Muslimah untuk wanita dan bagi busana Muslim untuk lelaki yang meminati warna PINK dengan melayari ruangan PINK WEEK

Untuk maklumat lebih lanjut boleh lah terus berhubung & melayari :

Berus Gigi Systema 0.02mm Spiral

$
0
0

Memandangkan saya mengalami gigi yg agak sensitif, saya mencari-cari berus gigi yang sesuai untuk di gunakan. Jadi seteleh saya mencari-cari berus gigi yg sesuai…. akhirnya… saya menjumpai berus gigi jenama Systema.

Systema adalah produk berus gigi yang paling popular di Jepun. Ini kerana bulu berus giginya yang sangat tirus iaitu 0.02mm. Sangat hebatkan?? Sangat sesuai untuk gigi yang sensitif.

Yer… setelah saya menggunakan berus gigi ini, saya dapat rasakan perubahan.. gusi saya kurang berdarah tidak seperi sebelum ini.. malah sangat lembut berus nya ketika mengosok gigi….

Jadi, suka la saya untuk berkongsi serba sedikit mengenai berus gigi Systema ini untuk pembaca….

Apa yang boleh mengakibatkan gigi sensitif?

  • memberus dengan kuat atau agresif
  • menggunakan bulu berus yang kasar dan keras
  • mengambil makanan yang berasid atau sering menguyah makanan yang keras
  • cara pemberusan yang tidak betul
  • kemunduran gusi yang disebabkan masalah gusi.

Oleh kerana itu Systema telah memperkenalkan berus gigi yang sangat unik untuk semua yang mempunyai masalah atau ingin mengelakkan masalah gigi sensitif bolehlah menggunakan Systema Sensitif 0.02mm yang mempunyai berus konvex yang lebih lembut.

Kelebihan berus gigi Systema Sensitif 0.02mm ialah:

  • menembusi dengan lebih dalam di bawah garisan gusi dan celah-celah gigi
  • mengurangkan tekanan pada gigi dan gusi serta dapat memberus dengan lebih selesa
  • membantu mengawal dan mengurangkan tekanan pada gigi dan gusi untuk pemberusan yang lebih selesa
  • pemegang bersalut getah untuk memberi gengaman yang lebih baik untuk mengawal tekanan semasa memberus.

Apa yang begitu unik dengan Systema ialah :-

  • Hujung berus tirus 0.02mmnya adalah 1/20 saiz hujung berus biasa, membolehkannya menembusi dengan lebih ke dalam garisan gusi dan celah-celah gigi
  • Berusnya diperbuat daripada sumber bukan haiwan
  • Berus yang berpaten – berteknologi Lion Jepun
  • Berus gigi No 1 di Jepun
  • Diperakui ISO 9001
  • Menembusi lebih dalam terutama di sepanjang garisan gusi dan di celah-celah gigi
  • Menanggalkan > 80% plak untuk 9X* lebih bersih

Terdapat 4 jenis berus gigi Systema yang di jual. Antaranya ialah :

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema03.jpg

Compact

  • Salah satu dengan saiz kepala paling kecil untuk kebersihan yang paling menyeluruh
  • keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

 

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema02.jpg

Comfort

  • Kepala bersaiz biasa untuk kebersihan yang selesa dan ternyata
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

 

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema04.jpg

Full Head

  • Kepala bersaiz lebih besar untuk jangkauan yang lebih luas
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

 

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema01.jpg

Bi-Level

  • Berus gigi dengan kepala bersaiz biasa dan bulu berus dwi-lapisan untuk memberus dengan lebih bersih di garisan gusi, celah celah gigi dan permukaan gigi.
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik.

Untuk maklumat yang lebih lengkap , boleh layari di http://www.southernlion.com.my/my/product/systema.html.

Sertai Kempen “Maximum Comfort, Maximum Movement”!

$
0
0

Hai semua….

Sapa suka masuk peraduan angkat tangan??hehehhe

Ok ni saya nak war-warkan ada peraduan untuk para ibubapa yang memiliki anak-anak yang berumur 6 bulan hingga 3 tahun untuk menyertai pertandingan “Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search” ini.

Nak pula anak-anak memakai lampin pakai buang Huggies® Dry Pants lagi la sesuai kan?? Tak kira lelaki dan permepuan, semua boleh masuk tau,

Jadi untuk maklumat lanjut, boleh la baca entry saya ini sehingga habis. yek ibubapa! :)

Huggies Dry Pants Maximum Comfort Maximum Movement

Sertai Kempen “Maximum Comfort, Maximum Movement”!

Sertailah kempen ini yang meraikan keperluan anak-anak kecil untuk bergerak bebas supaya mereka dapat menerokai dan menyelami dunia sekeliling mereka yang menakjubkan!

Kempen Huggies® ‘Maximum Comfort, Maximum Movement’ melibatkan pengguna dengan cara bersepadu, menggunakan pelbagai saluran seperti di TV, digital, peragaan, promosi dan pemberian sampel percuma di kedai, siri jelajah dan melalui laman web Huggies® Malaysia, serta aktiviti berasaskan pengalaman, termasuk “Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search” di seluruh negara.

Sempena dengan Kempen “Maximum Comfort, Maximum Movement” ini, Huggies® Dry Pants mempelawa ibu bapa (dan si manja tersayang mereka yang berumur 6 bulan hingga 3 tahun) untuk mengalami keselesaan terunggul lampin seluar dan memenangi hadiah wang tunai dan barangan bernilai lebih RM20,000 serta peluang seumur hidup untuk menjadi tumpuan utama dalam pengiklanan jenama dan inisiatif promosi.
Kempen ini bermula dari sekarang dan akan berakhir pada 1 Ogos 2014

Untuk menyertai pertandingan “Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search” ini anda perlu :

  • hantarkan sekeping gambar ‘gerak atau aksi selesa istimewa’ anak anda bersama dengan borang pendaftaran yang telah dilengkapkan dengan bukti pembelian Huggies® Dry Pants dalam satu resit.

Borang pendaftaran boleh didapati di semua kedai yang mengambil bahagian, dan kedai terpilih akan menyediakan gerai gambar khas di mana anda boleh mengambil gambar si bintang kecil anda dan menyerahkan gambar dan borang penyertaan pada masa itu juga.

Sementara itu, ibu-ibu juga boleh menyertai peraduan bayi ini di siri jelajah Huggies® Dry Pants yang akan diadakan di pelbagai pasar raya besar and pasar raya di seluruh negara sehingga akhir Julai dan nikmati promosi menarik dan aktiviti yang menyeronokkan pada acara itu.

Peserta cilik dengan pergerakan yang paling unik akan memenangi hadiah menarik iaitu

  • RM 10,000 (hadiah utama),
  • RM 7,000 (hadiah pertama)
  • RM 4,000 (hadiah kedua)
  • 7 hadiah sagu hati yang berupa bekalan Huggies® Dry Pants selama enam bulan.

Selain itu, kesemua 10 pemenang akan mendapat peluang seumur hidup untuk membintangi iklan atau bahan promosi Huggies®.

Jadi, biarkan anak anda mengalami keselesaan maksimum, pergerakan maksimum dengan Huggies® Dry Pants, satu-satunya lampin yang direka untuk keselesaan terunggul, serasi dengan punggung bayi serta memberi kebebasan bergerak kepada bayi dan kanak-kanak yang aktif!

Senang bukan? Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai pertandingan ini dan memenangi perlbagai hadiah menarik.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Huggies® Dry Pants dan “Most Comfortable Baby Search”, sila hubungi :

Apakah kerosakan sistem saraf akibat diabetes?

$
0
0

Pernah tak terfikir, dengan cara hidup kita selama ini… risiko mengalami penyakit yang sememang nya mudah di hidap adalah tinggi risikonya. Antaranya kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Selalunya penyakit kencing manis adalah penyakit yang mudah di hidapi jika kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang betul…. maklumla kebanyakkan makanan masa kini berasaskan minyak dan juga makanan segera.

Jika kita mudah di jangkiti, masa inilah untuk kita mencari penawar dan ubat untuk mengubati penyakit tersebut. Ramai yang tidak tahu bahawa tahap glukosa darah yang tinggi bukan saja akan merosakkan saluran darah, malah akan menganggu fungsi anti-bakteria sel darah putih dan sekaligus menjadikan kulit satu medium yang baik untuk tumbesaran kuman bakteria.

Kajian telah dilakukan dan menunjukkan bahawa pesakit diabetes seharusnya mengawal tahap glukosa darah dengan ketat bagi memastikan saraf-saraf dipelihara (termasuk juga organ badan yang lain seperti mata, buah pinggang dan jantung) daripada kesan-kesan buruk akibat diabetes.

Terdapat 2 jenis diabetis yang biasa di hidapi..antarangnya ialah, jika kita menghidap Diabetes Jenis 1, badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin. Diabetes Jenis 2 pula adalah jenis yang lebih biasa dijumpai, di mana badan kita tidak mencipta atau menggunakan insulin dengan baik. Tanpa insulin yang cukup dan berkesan, glukosa akan terus memendap di dalam darah.

Lama kelamaan, ia akan mengundang beberapa masalah serius sekiranya terlampau banyak glukosa menimbun di dalam darah. Ia boleh merosakkan mata, buah pinggang, dan urat saraf.

 

Tanda-tanda kerosakan saraf dan kawasan yang terlibat

Kerosakan ini bermula pada bahagian jari kaki atau jari tangan dan kemudian akan melarat ke bahagian kaki dan tangan dan seterusnya ke bahagian betis dan lengan. Maka pesakit boleh berasa:
  • Rasa sesemut bermula di jari kaki atau jari tangan.
  • Rasa kebas iaitu tidak dapat merasakan sejuk, panas atau sakit pada kaki dan tangannya.
  • Rasa seperti dicucuk-cucuk jarum
  • Rasa lemah otot pada lengan dan mengalami kesukaran untuk bergerak tangannya atau lemah pada betis/peha dan mengalami kesukaran untuk menggerakkan kakinya
  • Rasa tidak dapat mengimbangi badan apabila bangun dari berdiri
  • Rasa amat sensitif pada sentuhan yang lembut
  • Luka pada kaki dan tangan yang lambat sembuh
Maka pesakit diabetis harus selalu memeriksa kaki, terutama di bahagian celah-celah kaki. Ini kerana pesakit diabetis tidak perasan jika mereka mengalami luka dan kecederaan di situ lalu mengabaikan luka itu sehingga ia menjadi lebih parah dan membusuk.Jika pesakit diabetis mengalami rasa semut dan kebas-kebas, boleh ikut tips untuk melegakannya.
Tips untuk melegakan rasa semut dan kebas-kebas
  • Lakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.
  • Balut tangan dengan tuala yang direndam dalam air panas. Pastikan mencubanya kerana kesannya sangat hebat.
  • Lakukan senaman mudah untuk melegakan rasa kebas : Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.
  • Doktor mungkin akan preskrip ubat penahan sakit atau anti-inflammatory
    drug untuk rasa sakit dan masalah keradangan saraf. Di samping itu,
    pengambilan vitamin serta supplement yang diperlukan oleh badan juga
    sangat membantu.
Harus di ingat juga, tidak semua penyakit diabetis mengalaminya…. tetapi mudah mengalaminya.
Antara risiko mendapat penyakit
  • Kandungan gula yang tinggi
  • Mengalami Diabetes melebihi 10 tahun
  • Pesakit diabetes yang obese dengan tidak mengawal berat badan
  • Pesakit diabetic yang mengalami tahap kolestrole yang tinggi.

Pencegahan

Tentang rawatan diabetes atau pra-diabetes, rawatan perubatan konvensional semasa sememangnya telah dapat memberikan ramai penghidap diabetes kehidupan yang lebih sihat dan hayat yang lebih panjang. Namun begitu, rawatan yang paling berkesan bagi diabetes dan masalah gula darah yang lain memerlukan penggunaan strategi yang melibatkan perubahan gaya hidup, kaedah pemakanan dan pengambilan suplemen nutrisi.

Seperti kisah kawan saya yang bapanya menghidap penyakit urat saraf dan dalam masa yang sama mengidap penyakit kencing manis.

Seorang rakan saya iaitu bapanya yang kini mengidap penyakit kencing manis sentiasa mengadu padanya setiap hari tapak kakinya sentiasa sakit… nak pula bila waktu malam… tidurnya x pernah lena gara-gara sakit tapak kakinya yang terlalu sakit. Bapanya pernah mencuba pelbagai produk lain… tapi semuanya tidak memberi kelegaan pada tapak kakinya…

Tetapi baru-baru ni ada dia ada membawa bapanya ke sebuah farmasi berdekatan rumahnya. Seorang ahli farmasi disitu telah mengesyorkan Mecomin Live-Well untuk mengurangkan rasa sakit tapak kakinya….setelah beberapa bulan bapanya makan, semakin hari sakit tapak kakinya semakin berkurangan… kini dia hanya makan Mecomin Live-Well sahaja untukk mengurangkan rasa sakitnya dan sekarang sudah boleh tidur dengan lena pada waktu malam.

Tetapi baru-baru ni ada dia ada membawa bapanya ke sebuah farmasi berdekatan rumahnya. Seorang ahli farmasi disitu telah mengesyorkan Mecomin Live-Well untuk mengurangkan rasa sakit tapak kakinya….setelah beberapa bulan bapanya makan, semakin hari sakit tapak kaki semakin kurang.. Kini, dia boleh tidur dengan lena tanpa mengaru-garu kerana Mecomin telah membantunya memulihkan semula saraf peripheralnya yang rosak.

 

Kini ramai pakar-pakar perubatan dan juga ahli farmasi telah mengesyorkan produk yang di panggil Mecomin Live-Well  di mana ia membantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak – satu komplikasi biasa bagi mereka dengan paras gula darah yang tinggi.

Mecomin adalah sejenis makanan tambahan yang digunakan untuk merawat penyakit urat saraf peripheral neuropathies. Mecomin mengandungi mecobalamin, iaitu sejenis vitamin B12-coenzyme yang sedia ada di dalam sistem darah dan saluran cerebrospinal kita; ianya akan diserap secara aktif oleh tisu-tisu saraf kita jika berbanding dengan vitamin B12 yang biasa.

 

Dari segi sudut biokimia, Mecomin mempercepatkan metabolik asid nukleik, protein, dan lemak badan melalui tindakbalas khasnya;dengan tindakbalas ini, ianya akan memperbaiki tisu-tisu saraf yang terjejas atau cedera. Kajian saintifik menunjukkan bahawa mecobalamin adalah sangat berkesan dalam rawatan simptom kebas, kesakitan, dan lumpuh yang berasal daripada penyakit sistem urat saraf. Punca kepada penyakit sistem urat saraf adalah penyakit kencing manis dan penyakit saraf sendi yang disebut polyneuritis.

Untuk mereka yang mengalami penyakit tersebut, boleh la rujuk pada ahli farmasi atau doktor untuk makumat lanjut mengenai ubat tersebut.

Viewing all 77 articles
Browse latest View live